5 KESILAPAN MENGGUNAKAN HAIR DRYER – Clay Pomade Malaysia | VRival
icon-search
icon-search

5 KESILAPAN MENGGUNAKAN HAIR DRYER

VRival Logo With Text.png

Mungkin ada diantara kita yg suka gunakan hair dryer. Tapi adakah anda guna dengan cara yg betul?😕

Yelah nampak macam mudah je tapi kalau tak kena cara, hasilnya tak sama mcm kat saloon atau lebih teruk lg rambut boleh jadi rosak sbb over-dry! 🔥

Jadi, sebelum 'mahkota' anda tu rosak, jom kita luangkan masa sejenak utk tingkatkan ilmu seterusnya menjadi pengguna hair dryer yang lebih professional! Cewah! 

Ok kita mulakan sekarang,

1. Guna hair dryer yang kurang sesuai.

Bukan semua hair dryer itu sama. Yes, fungsinya tetap untuk mengeringkan rambut tetapi penting untuk anda tahu jenis apa yang sesuai dengan rambut anda.

Ada beberapa jenis heating element pada hair dryer dipasaran; contohnya ionic, ceramic, titanium, tourmaline dan kombinasi (ionic + tourmaline, titanium + tourmaline and etc).


🔸Ionic hair dryers mempunyai teknologi untuk menghasilkan berjuta ion negatif dan positif yang dapat membantu meneutralkan dan menstabilkan ion pada permukaan rambut. Ini akan mempercepatkan proses drying kerana negatif ion yg dihasilkan dapat memecahkan molekul air.

Tapi disebabkan teknologi ionic ni effective dan cepat keringkan rambut, anda perlu separate rambut kepada beberapa bahagian supaya akar/kulit kepala juga kering.

Ionic dryer sesuai digunakan untuk menutup kutikel rambut dan menjadikan rambut nampak lebih berkilat dan sleek.

p/s: Untuk result yg high volume, anda perlu guna non-ionic dryer.

🔸Tourmaline dryer diperbuat daripada semi-precious mineral yg hanya keluarkan ion negatif ke udara pada suhu yang lebih tinggi. 

Ionic dan Tourmaline dryers amat sesuai utk mereka yg berambut tebal, kasar dan sukar utk dikeringkan.

🔸Ceramic & Porcelain dryers di designed untuk mengagihkan suhu secara rata dengan lebih efisyen.

Ceramic atau porcelain digunakan untuk mengganti pemanas besi yg biasa utk mengeluarkan kepanasan yg lebih konsisten. 

~ Ceramic dryer sesuai utk digunakan pada kebanyakan jenis rambut terutamanya rambut yg rapuh, mudah rosak dan halus. 

🔸Titanium dryer juga bertindak seperti ceramic yg mana akan mengagihkan kepanasan sama rata pada suhu yg konsisten.

Suhu yg dikeluarkan juga amat tinggi berbanding jenis lain dan membuatkan ia kurang sesuai utk rambut yg rosak, rapuh dan kering.

~ Hanya kalau rambut anda sangat panjang dan ambil masa yg lama untuk dikeringkan, titanium dryer adalah pilihan yg tepat.

Cuba check hair dryer anda. Agak-agak anda ada yang mana? Kalau takde tulis apa-apa tu, maksudnya just normal metal dan tiada sebarang coating seperti diatas. It's OK, tak perlu beli baru kalau dah ada. But it is a good thing to know ada banyak jenis heating element dlm hair dryer. Kan?

2. Sudut antara hair dryer & hair brush kurang tepat. 

Cara menggunakan pengering rambut dan brush yang terbaik adalah pastikan hair brush anda menegak dan hair dryer di halakan secara melintang (90° dari rambut) dan begitulah sebaliknya. Bergerak secara konsisten dan tidak fokus pada satu tempat terlalu lama supaya rambut tidak terlalu panas dan kering.

3. Suhu terlalu tinggi. 

Terdapat beberapa level mengikut kesesuaian rambut. Highest setting adalah utk rambut tebal atau utk keringkan rambut pada awal proses.

Tapi perlu diingatkan supaya sentiasa menggerakkan hair dryer walaupun rambut terasa masih basah. Anda boleh membahagikan rambut kepada beberapa bahagian utk memudahkan proses.

Suhu yang sederhana sesuai utk rambut yang halus dan rapuh. Dan jika rambut anda hanya sedikit lembap, stay pada suhu sederhana atau rendah utk mengelakkan over-drying. 

Lepas guna high temperature, pastikan tukar kepada suhu rendah ❄ (lowest setting) utk menutup kutikel rambut dan mengekalkan style yang anda inginkan.

Anda akan dapat hair shine yg cantik bila finishing pada low suhu rendah dan kuantiti hair product pun dapat dikurangkan! Jadi pastikan anda guna teknik ini tau.

4. Tidak menggunakan produk heat-protectant. 

Heat-protectant sangat penting terutamanya pada rambut kering, rapuh dan rosak. Guna serum, losyen, spray atau mousse yg mengandungi 'heat protectant' utk melindungi rambut anda dari high heat! Sangat recommended!

5. Tarik rambut terlalu kuat.

Satu infomasi penting semasa mengeringkan rambut adalah tidak menarik rambut terlalu kuat. Gunakan round, vent atau pad brush (elakkan guna sikat panjang biasa) supaya rambut lebih mudah disisir. Ulang beberapa kali jika terdapat bahagian yang sukar utk dibentuk.


Setakat ini saja perkongsikan pada kali ni. Hopefully anda dapat sesuatu yang bermanfaat! 👍 Salam.


CARI HAIR CLAY YANG SESUAI UNTUK RAMBUT JENIS KASAR & KERING?

Cuba Earth Genesis Clay Pomade ni!

null







Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.