7 Tips Menarik Untuk Rambut Lelaki – Clay Pomade Malaysia | VRival
icon-search
icon-search

7 Tips Menarik Untuk Rambut Lelaki

null7 TIPS MENARIK UNTUK PENJAGAAN RAMBUT LELAKI


1. Tukar Kepada Produk Matte Jika Rambut Nipis

Kebanyakan lelaki pada usia 30an dan 40an akan mula mengalami masalah rambut nipis. Rambut nipis bukan bermakna rambut mereka halus. Ia dua perkara berbeza tetapi kedua-duanya lebih sesuai jika menggunakan produk yang lebih matte atau tidak berkilat contohnya clay, paste atau sea salt spray. Produk yang matte akan menyerab cahaya da secara tidak langsung membuatkan rambut anda nampak lebih tebal. Elakkan memakai gel atau pomade yang sleek kerana akan menampakkan lagi kulit kepala anda. Jadi, cari produk dan gaya rambut yang boleh menambahkan volume agar ia nampak lebih tinggi, penuh dan tebal. Hair dryer juga akan membantu proses meningkatkan volume rambut.


2. Masa Untuk Potong Rambut

Untuk maintain gaya rambut, anda perlu ke kedai gunting sekurang-kurangnya sekali dalam 3 minggu. Bergantung kepada tahap pertumbuhan rambut anda. Secara purata, rambut manusia akan tumbuh sebanyak suku inci sebulan. Hanya trim rambut anda di belah tepi dan belakang mampu buat anda nampak lebih terurus dan kacak. Tidak perlu ke barber yang mahal untuk maintain rambut anda. Lagi jimat jika anda gunting sendiri dirumah kerana ia tidaklah sukar. 


3. Pre-styling

Pre-styler bermaksud produk yang digunakan dengan kuantiti kecil pada rambut yang lembap seperti moose, sea salt spray atau serum. Impak pre-styler akan membuatkan gaya rambut anda bertahan lebih lama dengan kuantiti post-styler yang sedikit. Ini secara tidak langsung menjimatkan penggunaan produk anda.

Earth Genesis Clay Pomade - Untuk Rambut Tebal Dan Kasar X2Earth Genesis Clay Pomade - Untuk Rambut Tebal Dan KasarEarth Genesis Clay Pomade - Untuk Rambut Tebal Dan Kasar Trial

4. Kurangkan Penggunaan Produk

Salah satu kesalahan yang paling besar bagi lelaki adalah apabila menggunakan produk dengan banyak. Rambut anda akan kelihatan berminyak, berat dan sukar untuk disikat.


5. Guna Shampoo Pada Rambut Kering Untuk Menghilangkan Wax

Anda mungkin pernah mengalami buildup produk terutamanya yang dibuat dari petroleum atau wax. Ada diantara mereka yang menggunakan sabun cuci pinggan untuk menanggalkan wax pada rambut. Akan tetapi cara tersebut tidak begitu bagus untuk rambut kerana bahan kimia pada sabun lebih tinggi berbanding shampoo. Anda boleh cuba untuk guna shampoo pada rambut kering dan urut seperti biasa kemudian bilas. 


6. Pat Dry, Bukan Gosok

Ramai dikalangan anda yang merasa menggosok tuala pada rambut dengan kuat akan mempercepatkan proses pengeringan. Secara rialitinya, teknik tersebut akan merosakkan rambut anda terutama kepada mereka yang berambut nipis. Rambut dalam keadaan basah adalah lemah dan mudah putus. Jadi kurangkan gosok tuala dengan kuat pada rambut untuk mengelakkan ia semakin menipis.


7. Selalu Cuci Rambut

Cuci bukan bermakna tidak perlu guna air. Cuci disini bermaksud guna shampoo. Anda perlu elak mencuci rambut anda sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Tetapi jika anda guna produk yang ada buildup setiap hari, anda boleh guna shampoo kemudian conditioner untuk mengelakkan kulit kepala anda menjadi kering dan kekal sihat. Sebagai alternatif kepada shampoo biasa, cuba guna shampoo kering (dry shampoo).




Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.