Bro, Jom Buat Pomade Sendiri! #JgnKataBroTakPayung – Clay Pomade Malaysia | VRival
icon-search
icon-search

Bro, Jom Buat Pomade Sendiri! #JgnKataBroTakPayung

Nak Buat Pomade Sendiri?

Written by Syafiq

#JgnKataBroTakPayung

Declaimer: Artikel ni just untuk bg anda quick tips & idea saje. Formulation tidak disediakan.

Step 1 – Survey &  Purchase Product

Cari at least satu pomade kegemaran anda yang anda nak ‘duplicate’ untuk belajar. Saya galakkan anda beli pomade tu untuk tahu texture dan performance as reference.


Step 2 – Survey &  Purchase Raw Material and Packaging

Lihat ingedients pomade yang anda nak ‘duplicate’ dan cuba cari supplier yang ada jual secara runcit. Anda boleh cari di Google, Lelong atau Shopee. Mostly mereka akan jual by 1kg/liter. Kalau nak kuantiti yang lebih besar, boleh direct terus dengan Alibaba. Untuk packaging, di FB pun banyak. 


Step 3 – Formulation Sheet

Anda wajib guna Formulation Sheet ni untuk formulation. Function utama Formulation Sheet ni adalah untuk tahu berapa percent material yang diperlukan untuk setiap batch supaya setiap kali anda brew hasilnya akan tetap sama. Tidaklah batch #1 ni terlebih air dan batch #2 kurang air. Anyway, yes, kita guna percentage, bukan liter ok. That’s why kalau anda tengok di packaging akan tulis grams/oz. Susun raw material anda mengikut phase dengan tertib supaya formulation tidak rosak/fail.

Anda boleh download Formulation Sheet di SINI

Sample of Formulation sites:

1) PersonalMagazine.com

2) Happi.com



Step 4 – Test Batch

Apa alat-alat yang wajib ada?


  • Double boiler/hot plate 
  • Hand Blender 
  • Thermometer 
  • Weighing Scale (0.1g atau 0.01g) 
  • Spatula 
  • Beaker/Stainless Steel Pot

Note: Kaji secara ringkas tentang melting point raw material yang anda gunakan, contohnya beeswax: melting point pada 62°C-64°C, supaya anda tahu berapa suhu yang anda perlu capai untuk completely cairkan material tersebut.

Proses

Gunakan Formulation Sheet tadi sebagai guide brewing anda. Basically, start dengan 100g atau lebih supaya mudah untuk proses mixing nanti.

  • Cairkan ‘Phase B’ sepenuhnya. Kebiasaannya pada suhu 70°C, anda akan dpt satu cairan wax yang sekata. Teruskan mixing menggunakan spatula jika masih nampak ketulan. Perhatikan suhu supaya tidak terlalu panas >90°C.
  • Panaskan Phase A secara berasingan pada suhu yang sama seperti ‘Phase B’. Recommended kedua-duanya pada 80°C-86°C.
  • Masukkan ‘Phase A’ kedalam ‘Phase B secara perlahan-lahan sambil continuous mixing dengan menggunakan hand blender (high speed). Suhu akan jatuh dengan pantas jika ‘Phase A’ dimasukkan terlalu cepat.  Note: Jika anda buat gel-type pomade, elakkan keluar-masuk hand blender anda ke dalam formulation terlalu kerap kerana udara boleh masuk dan bercampur dengan material seterusnya menjadi keras/fail. Untuk Oil based, UWB pomade dan clay, tiada masalah.
  • Apabila kedua-dua phase tadi mixed dengan sempurna, turunkan suhu pada 50°C-60°C (mengikut kesesuaian formulation anda). Jika formulation anda mengeras terlalu awal, ubah formula atau tukar material yang lebih stable. Contoh: Material Ceteareth-25 akan cepat solidified berbanding Ceteareth-20. 
  • Masukkan ‘Phase C’ iaitu Fragrance, Vitamin E beads, Preservative, Acid (to adjust pH) and etc. Mix perlahan-lahan dengan spatula untuk mengelakkan air bubble. Note: Anda boleh guna defoamer jika ada masalah air bubble/air trap.
  • Tuang ke dalam glass jar/plastic tub perlahan-lahan dan biarkan ia sejuk tanpa penutup selama 1-2 jam bergantung kepada formulation.

Note:

  • Pastikan peralatan yang anda gunakan di sterilize dengan baik setiap kali digunakan untuk mengelakkan produk anda cepat rosak.
  • Pastikan fragrance dan preservative yang anda gunakan bersesuaian dengan suhu 'pouring' anda untuk mengekalkan scent dan kualiti produk.
  • Nak buat produk selain pomade? Meh download Handbook PDF ni sekarang. *Klik gmbr utk download*



  • Buku ni juga boleh membantu! Jangan malas membaca.  
  • Jangan mudah mengalah jika formulation anda gagal. Teruskan mencuba dan banyakkan mengenalpasti masalah. You Can Do It!


Harap serba sedikit dapat membantu anda yang nak buat pomade sendiri.

DON'T FORGET TO SHARE!

(writer: Syafiq)

Experienced in Quality Assurance in Food Plastic Packaging and Cosmetic industry.

Studied Degree in Chemical Engineering, UiTM Shah Alam.



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.