Macamana Nak Guna Hair Clay Ni? – Clay Pomade Malaysia | VRival
icon-search
icon-search

Macamana Nak Guna Hair Clay Ni?

Macamana Nak Guna Hair Clay?

Ada 5 steps untuk dapatkan result yg awesome bila anda guna hair clay.

Step 1 - Start Dengan Rambut Kering & Bersih Dari Build-up

1. Pastikan rambut anda bersih dari build-up.

2. Anda boleh guna hair tonic atau prestyler untuk boost up rambut supaya lebih volume

3. Clay ni lebih sesuai pakai pada rambut kering. Recommend keringkan rambut guna hair dryer supaya rambut wavy dan degil tu boleh lurus dan dengar kata bila kita nk style nanti. 


Step 2 - Start Small

1. Scoop sebesar saiz kacang dulu. Nampak mcm remeh, tapi yang ni paling penting.

2. Kalau rasa tak cukup, boleh tambah lagi nanti.


Step 3 - Smear/Gosok Hingga Panas

1. Gosok produk pada tapak tangan hingga rasa panas.

2. Pastikan tak ada clumping.


Step 4 - Style Rambut Anda. Dari Mana Nak Start Letak Produk? (Penting)

1. Kalau anda nak style volumize side-part. Lebihkan produk pada arah berlawanan. Ini asas penting untuk create volume. 

2. Contoh, style anda dari kiri ke kanan. Anda boleh start pakai dari kanan ke kiri. Then push back rambut ke kanan untuk style yang anda nak.

3. Anda akan nampk volume sebab anda dah bina foundation untuk rambut “stay up”. Bayangkan kalau anda guna hair dryer masa step 1 tadi. Mesti volume lebih cantik. 


Step 5 - Betulkan & Siap!

1. Guna jari atau hair brush untuk finishing.

2. Anda boleh tambah sedikit clay untuk touch-up supaya nampak lebih tight & kemas.

3. Kalau taknak rambut bergerak langsung, gunakan hair spray untuk lock style tu.


Step 6 - Cleaning

1. Biasanya cuci guna air sahaja dah cukup. Bila rambut dah kering, tak rasa apa2 build-up pun.

2. Rasa kesat/grip sikit masa nak cuci? Tak apa itu normal sbb clay ni wax-based. Saya cadangkan anda cuci rambut guna conditioner instead of shampoo. Conditioner akan lembutkan wax dan buat rambut rasa licin/tak kesat. Bilas macam biasa.



Older post Newer post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.