Was-Was Berwudhu Bila Pakai Pomade? – Clay Pomade Malaysia | VRival
icon-search

Was-Was Berwudhu Bila Pakai Pomade?

Antara beberapa alternatif lain yang boleh dicadangkan bagi menghilangkan was-was selain basuhan rambut ialah:


Pertama, memasukkan dan menyapu jari jemari yang basah ke celahan rambut sehingga mencecah bahagian dalam rambut atau cecah ke kulit kepala.

Kedua, Jika pomade disapukan di bahagian depan dan atas kepala sahaja, maka sapuan air wuduk boleh dilakukan pada bahagian tepi dan belakang kepala.


Maknanya tidak perlu dibersihkan terlebih dahulu bahagian yang disapukan Pomade, hanya perlu sapu air wuduk pada bahagian lain yang tidak disapukan pomade.

Ini merupakan alternatif yang dicadangkan Syeikh Shalabi yang merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Dar al-Ifta’ Mesir dalam fatwanya .

Alasannya, berdasarkan mazhab Syafie, syarat untuk melepasi had minima sapuan kepala ialah air mengenai sekurang-kurangnya tiga helai rambut selagimana sapuan dilakukan di kawasan kepala.

Syaratnya mesti di kawasan kepala bukan di luar kawasan kepala seperti rambut yang mencecah sehingga bahagian bahu.


Sumber: muftiwp.gov.my



Older post