CARA GUNA HAIR CLAY – Clay Pomade Malaysia | VRival
icon-search
icon-search

Macamana Nak Guna Hair Clay?

Ada 5 steps untuk dapatkan result yang awesome bila bro guna hair clay.

Step 1 - Start Dengan Rambut Kering dan Bersih Dari Build-up atau Residue

1. Pastikan rambut bersih dari build-up.

2. Bro boleh guna hair tonic atau prestyler untuk boost-up rambut supaya lebih volume

3. Clay ni lebih sesuai pakai pada rambut kering. Recommend keringkan rambut guna hair dryer supaya rambut wavy dan degil boleh lurus dan mudah dibentuk.


Step 2 - Start Small

1. Scoop sebesar saiz kacang dulu. Nampak remeh, tapi ini paling penting.

2. Kalau rasa tak cukup, boleh tambah lagi kemudian.


Step 3 - Smear/Gosok Hingga Panas

1. Gosok produk pada tapak tangan hingga rasa panas.

2. Pastikan tak ada wax yang berketul.


Step 4 - Apply Clay di Rambut (Penting)

1. Kalau bro nak rambut yang volume up. Lebihkan produk pada arah berlawanan. Ini asas penting untuk dapatkan volume. 

2. Contoh nak sikat dari kiri ke kanan. Bro boleh start pakai dari kanan ke kiri. Then tolak balik ke arah style yang anda nak.

3. Bro akan nampk volume sebab dah bina foundation untuk rambut “stay up”. Bayangkan kalau guna hair dryer masa step 1 tadi. Mesti volume lebih cantik. 


Step 5 - Betulkan & Siap!

1. Guna jari atau hair brush untuk kemaskan rambut.

2. Bro boleh tambah sedikit clay untuk touch-up supaya nampak lebih tight & kemas.

3. Kalau tak nak rambut bergerak langsung, gunakan hair spray untuk lock style tu.


Extra 1 - Cleaning

1. Biasanya cuci guna air sahaja dah cukup. Bila rambut dah kering, tak rasa apa-apa build-up.

2. Rasa kesat/grip sikit masa nak cuci? Tak apa itu normal sebab clay ni wax-based. Syaf cadangkan bro cuci rambut guna conditioner instead of shampoo. Conditioner akan lembutkan wax dan buat rambut rasa lebih licin. Kemudian bilas seperti biasa.


Extra 2 - Blowdry

Sekiranya rambut bro jenis beralun, jangan risau boleh gunakan hair dryer untuk luruskan sedikit supaya lebih mudah dibentuk.


HAIR DRYER MANA NAK PILIH?

Ikut budget bro. Semakin besar budget, semakin banyak pilihan.

Recommend 1800W keatas dan ada IONIC technology. Sebab..

Semakin tinggi wattage, semakin kuat angin yg motor hair dryer tu keluarkan.

Semakin kuat angin, makin cepat rambut kering tanpa expose kepada suhu tinggi lama2 🔥

Plus, volume pun senang nak dapat bila guna high speed! Yelah, macam bro bawa motor tak pakai helmet, cuba tengok rambut tinggi ke tinggi?

Erti kata lain bila motor tak kuat, angin kurang. Panas je terlebih. Bila terlebih panas, rambut pun mudah rosak. Gihtu.



Join telegram channel VRival untuk dapatkan latest update, discount code, tips dan bermacam lagi!

Join Telegram Channel VRIVAL

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.