KENAL PRODUK SEBELUM BRO BELI MANA-MANA MINYAK RAMBUT – Clay Pomade Malaysia | VRival
icon-search
icon-search

VRIVAL.png

Ramai antara kita tak tahu nak pilih produk yang sesuai untuk rambut kita. Betul ke betul?


Ada 2 faktor utama (selain haircut):

  1. Confuse nak guna produk kategori mana. Hair gel, pomade, clay, paste, powder, wax dan banyak lagi. Yang mana satu sesuai untuk jenis rambut saya?
  2. Hanya guna hair product semata-mata. Tak gunakan tools lain yang boleh bantu kacakkan lagi style

Kali ni Syaf akan share satu per satu supaya bro faham apa nak kena buat lepasni. Boleh ke boleh?

1. KATEGORI PRODUK RAMBUT LELAKI

Jenis Produk Rambut Lelaki VRIVAL

Kalau bro tengok diagram kat atas ni, Bro akan nampak, kategori mana bro nak guna bergantung pada Hold dan Shine

Sebagai contoh, Bro minat rambut yang shine rendah dan hold tinggi. Bro boleh guna jenis-jenis produk yang berada di sebelah kiri atas (warna purple).

Atau, minat style yang ada shine dan hold tinggi untuk buat formal style, boleh guna kategori sebelah kanan yang warna merah.


Sekarang bro nampak ke nampak perbezaan tu? Dan Syaf yakin ramai yang tak tahu kalau produk rambut lelaki ada macam-macam jenis. Bukan hanya pomade!

In fact, untuk dapatkan style yang smart, tahan lebih lama, bukan sekadar guna satu produk. Tapi 2-3 produk untuk dapatkan ketahanan tu.


Contoh,

1. Prestyler (hair serum/oil/tonic) untuk lembutkan rambut (optional)

2. Poststyler (styling product) untuk bentukkan rambut

3. Finisher (Hair spray) untuk lock hairstyle supaya tahan lebih lama (optional)


Tidak semestinya perlu guna semua tu. Cuma Syaf nak highlightkan yang kita boleh achieve result yang best dengan adanya beberapa bahan sokongan.

Bila bro dah faham nak guna kategori apa, lebih senang lah nanti nak pilih product. Bro pun lebih jimat duit tak terbeli kategori yang salah. Nak rambut natural look, tak berkilat dan nampak relax, tapi pergi beli oil-based pomade. Masalah tu.


2. JENIS RAMBUT DAN KATEGORI PRODUK

JENIS RAMBUTKATEGORI YANG SESUAIALASAN
TEBAL
Hold Tinggi
(Clay, Putty, Pomade)
Supaya rambut tebal mudah dikawal dan dibentuk
NIPIS
Shine Rendah 
(Clay, Fiber, Powder)
Supaya nampak lebih tebal dan penuh (jika guna high shine, akan nampak makin nipis hingga nampak kulit kepala)
KASARHold Tinggi (Clay)Supaya mudah bentuk dan tidak mengeras (jika mengeras, akan buat nampak makin kasar dan kering)
HALUSShine Rendah
(Powder, Clay, Fiber, Paste)
Gunakan produk yang ringan supaya dapat volume


Table diatas adalah general guide sahaja. Sebab dekat pasaran, ada macam-macam jenis formulation. Macam-macam juga kesesuaiannya.

Contoh macam pomade, ada formula waterbased, oil-based dan UWB. Macam clay pula, ada waterbased, wax-based dan sebagainya. Macamana nak kenalpasti?

Biasanya ada tertulis di packaging produk. Jika tak ada, bro tengok pada ingredient list. Bahan paling teratas dalam ingredients list tu adalah bahan asas.


FORMULATIONBAHAN ASASWASHABILITY
Water-Based (WB)WaterMudah dicuci dan biasanya mengeras
Unorthodox Water-Based (UWB)Water + Wax
(Water lebih banyak dari Wax)
Mudah dicuci dan tidak mengeras
Wax-BasedWax + Oil
(Wax lebih banyak dari Oil)
Lebih mudah dicuci berbanding Oil-Based.
Oil-Based (OB)Oil + Wax
(Oil lebih banyak dari Wax)
Paling sukar dicuci tapi sangat slick

Kalau rambut bro jenis kasar dan kering, Syaf sangat suggest bro gunakan produk yang tak mengeras. Sebab kalau rambut mengeras, rambut akan nampak makin kering. Betul kan? Syaf dah alami dulu.

So Syaf avoid produk yang water-based.

Lebih sesuai guna yang ada wax content. Wax bantu untuk hold moisture di rambut lebih lama berbanding water-based.


3. TEKSTUR RAMBUT

Untuk tekstur rambut, terbahagi kepada 3: Lurus, Beralun dan Kerinting.

Rambut bro yang mana? Rambut Syaf beralun + kering. Tapi ramai yang kata "Rambut Syaf lurus dan cantik. Sebab tu boleh buat style macam tu"


Ada cara nak buat dari beralun jadi lurus. Itu yang Syaf nak bro tahu sekarang. Tak perlu risau rambut degil ke, volume takde, jambul cepat jatuh la.

Semua tu kita boleh tackle bila kita tahu cara nak buat. Betul ke betul? Kita buat dia kan!


Apa yang Syaf nak kongsikan untuk point ni adalah, bro boleh pilih untuk luruskan rambut guna hair dryer, flat iron atau buat relaxing treatment di salon.

Tapi, untuk Syaf sendiri, dan apa yang Syaf share pada kawan-kawan yang rambut beralun ni, just guna hair dryer pun dah cukup untuk lebih lurus dan senang bentuk.

Sebab apa?

Ok, let me explain dalam table kat bawah ni,

TOOLSFINAL RESULT
RELAXING TREATMENTRambut jadi lembut dan lurus. Tapi susah dibentuk sebab rambut flat, tiada volume dan lembut sangat untuk styling.
Cuba bro bandingkan benang lembut dengan benang kasar, mana satu cepat jatuh?
FLAT IRONRambut lurus dan lembut juga cuma perlukan lebih masa untuk siap. Sebab nak guna flat iron hanya boleh pada rambut kering. Kalau bro lepas mandi, kena guna hair dryer juga untuk keringkan rambut dulu
HAIR DRYERRambut lurus dan ada volume. Jimat masa dan duit dari option lain. Rambut pun mudah dibentuk sebab tak terlalu lembut. Style pun tahan lebih lama!


Amacam? Nampak kan?

Apa kata kalau Syaf share pula video cara nak gunakan hairdryer tu supaya bro lebih faham?

Ok jom tengok!


Credit to TDM Style, Robin James, Blumaan

Wow best kan kalau rambut bro pun jadi smart macam ni?

Mula-mula nak guna hair dryer memang rasa kekok, tapi lama-lama confirm okay. Practice makes perfect kan! Nak kacak kena lah usaha sikit.

Sampai bila nak nampak biasa-biasa je? Just do it bro! Trust me.


SAYA TAK ADA HAIR DRYER, BARU NAK BELI. HAIR DRYER MANA NAK PILIH?

Ikut budget bro. Semakin besar budget, semakin banyak pilihan. Recommend 1800W keatas dan ada IONIC technology. Sebab..

Semakin tinggi wattage, semakin kuat angin yang motor hair dryer tu keluarkan.

Semakin kuat angin, makin cepat rambut kering tanpa expose kepada suhu tinggi lama2 🔥

Plus, volume pun senang nak dapat bila guna high speed! Yelah, macam bro bawa motor tak pakai helmet, cuba tengok rambut tinggi ke tinggi?

**Hair dryer tak rosakkan rambut. Rambut akan rosak bila kita tak tahu nak guna hair dryer tu. Kita yang buat dia kan? Jadi, belajar cara nak guna hair dryer dengan teknik yang betul.


PRODUK KATEGORI MANA PERLU GUNA HAIR DRYER?

Bergantung pada finishing yang produk tu beri.

Contoh 1, clay akan bagi matte-to-natural shine. Lebih seseuai untuk apply pada rambut kering. Jadi blow-drying is recommended!

Jika apply clay pada rambut lembap/towel dry, effect dari clay tu takkan optimum sebab rambut berat dengan moisture.

Contoh 2, high shine product (pomade) lebih sesuai terus apply pada rambut lembap. Tidak perlukan hair dryer. Kecuali bila disuruh apply pada rambut kering seperti oil-based pomade.


4. SIKAT/HAIR BRUSH MANA NAK GUNA?

Ramai lelaki yang Syaf tanya, majoriti gunakan sikat biasa. Maksud Syaf sikat gigi rapat (fine tooth comb) tu untuk semua hairstyle yang mereka buat baik formal dan casual look.

Actually, ada banyak lagi jenis sikat di pasaran yang lebih spesifk untuk hairstyle yang bro nak achieve.

Jenis Sikat

STYLEJENIS SIKAT
FormalFine Tooth Comb, Rattail Comb
CasualVented, Round Brush, Wide Tooth Comb

Sikat yang Syaf selalu guna dan suggest untuk bro dapatkan volume masa blowdry adalah Vented Brush.

Untuk styling pun boleh gunakan sikat yang sama. Vented brush sangat versatile! Bro boleh cari vented brush di Shopee, Lazada, Daiso dan kedai jual peralatan rambut.

Cuba guna sikat diatas ikut apa objektif yang bro nak. Kalau guna sikat yang sama, bro akan dapat result yang sama. Kata nak kacak?

Sampai sini dulu sharing kita okay, semoga bro dapat sedikit info berguna dan boleh terus apply.

Kalau bro rasa sharing ni bermanfaat, bantu Syaf sharekan kepada kawan-kawan lelaki yang lain tau.

Thanks in advanced!


Join telegram channel VRival untuk dapatkan latest update, discount code, tips dan bermacam lagi!

Join Telegram Channel VRIVAL

vrival

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.