Cara Guna VRIVAL Clay Pomade Dengan Betul
Tekstur VRIVAL Clay Pomade memang firm/keras kerana kandungan beeswax yang tinggi. Ini normal untuk wax-based clay dan membantu rambut lebih mudah dibentuk, nampak kemas dan tahan lebih lama.
Kalau bro rasa clay ini keras masa mula-mula buka, jangan risau. Bukan rosak, bukan expired dan bukan masuk angin. Cara ambil yang betul ialah guna kuku dan tolak clay ke hadapan.
Step 1: Pastikan Rambut Kering
VRIVAL Clay Pomade paling sesuai digunakan pada rambut yang kering.
Kalau rambut masih lembap atau basah, hasil styling boleh jadi kurang kemas dan kurang tahan.
Untuk hasil terbaik, keringkan rambut menggunakan hair dryer terlebih dahulu. Kalau rambut bro jenis beralun, kembang atau susah diatur, hair dryer boleh bantu rambut jadi lebih mudah dibentuk.
Tips: Gunakan vented brush, skeleton brush atau round brush untuk bantu rambut nampak lebih volume dan kemas.
ย
Step 2: Ambil Sedikit Dulu
Jangan ambil terlalu banyak sekaligus.
Ambil sedikit dahulu, lebih kurang saiz kacang. Kalau rasa tak cukup, boleh tambah sedikit kemudian.
Cara ambil clay yang betul:
- Guna kuku
- Tolak clay ke hadapan
- Ambil sedikit sahaja
- Ratakan pada tapak tangan sebelum sapu ke rambut
Tekstur clay ini memang keras/firm, jadi jangan korek macam krim biasa.

Step 3: Gosok Pada Tapak Tangan Sampai Rata
Gosok clay pada kedua-dua tapak tangan sehingga produk jadi lebih lembut dan rata.
Pastikan tiada ketulan clay yang besar pada tangan sebelum apply ke rambut.
Bila produk sudah rata di tapak tangan, barulah sapu pada rambut.
ย
Step 4: Apply Pada Rambut Dengan Cara Yang Betul
Untuk hasil rambut lebih volume, sapu clay dari arah berlawanan dahulu.
Contoh: Kalau bro nak sikat rambut dari kiri ke kanan, mula sapu dari kanan ke kiri dahulu. Kemudian tolak semula ikut style yang bro nak.
Cara ini bantu bina foundation supaya rambut lebih mudah stay up dan nampak lebih kemas.
Untuk hasil lebih natural, gunakan jari.
Untuk hasil lebih kemas, gunakan sikat atau hair brush.
Step 5: Bentuk Ikut Style
Selepas clay sudah rata pada rambut, bentukkan rambut ikut style yang bro nak.
Sesuai untuk gaya:
- Quiff
- Side part
- Slickback natural
- Messy textured look
- Style rambut harian yang nampak kemas dan natural
Kalau rasa hold belum cukup, tambah sedikit clay sahaja. Jangan terus ambil banyak.

Nak Result Paling Cantik?
Untuk hasil terbaik, gunakan:
- Hair dryer
- Vented brush / skeleton brush / round brush
- Rambut kering sepenuhnya
- Kuantiti clay yang sedikit dahulu
Formula mudah:
Hair dryer dulu โ ambil clay guna kuku โ ratakan di tangan โ sapu pada rambut โ bentuk ikut style.
ย
Kenapa Tekstur VRIVAL Keras?
VRIVAL Clay Pomade mengandungi beeswax yang tinggi. Sebab itu tekstur dia firm dan agak keras.
Beeswax membantu:
- Rambut lebih mudah dibentuk
- Hold lebih padu
- Rambut nampak lebih kemas
- Finish nampak matte dan natural
- Rambut tidak nampak terlalu berminyak
Jadi kalau bro buka jar dan rasa tekstur dia keras, itu normal.
ย
Siapa Sesuai Pakai VRIVAL Clay Pomade?
Sesuai untuk:
- Rambut lurus
- Rambut beralun
- Rambut sederhana tebal
- Rambut tebal dan kasar
- Rambut susah diatur
- Lelaki yang suka natural look
- Lelaki yang tak suka rambut nampak berminyak
Kurang sesuai untuk:
- Rambut terlalu halus
- Rambut jarang
- Rambut sangat lembut
- Rambut kerinting ketat
- Orang yang suka wet look / rambut berkilat
ย
Bau Mana Patut Pilih?
Cranberry
Bau manis, fresh macam candy. Ini bau paling best selling dan paling sesuai untuk first time buyer.
Vanilla
Bau lembut, manis dan premium. Sesuai untuk bro yang suka bau smooth dan warm.
Grape
Bau fruity, fresh dan menarik. Sesuai untuk bro yang suka bau manis yang lebih fun.
First time nak cuba? Kami cadangkan ambil Cranberry dulu.
ย
Cara Cuci VRIVAL Clay Pomade
VRIVAL ialah wax-based clay pomade, jadi mungkin ada sedikit build-up selepas bilas biasa.
Untuk cucian paling bersih, gunakan shampoo.
Kalau rasa ada sedikit wax build-up, bro boleh gunakan conditioner dahulu untuk lembutkan wax, kemudian shampoo seperti biasa.
Jangan risau, build-up yang tinggal biasanya tidak terlalu berminyak dan masih selesa jika bro guna kuantiti yang betul.
ย ย
HAIR DRYER MANA NAK PILIH?
Pilih hair dryer sekurang-kurangnya 1800W dan jika boleh, pilih yang ada Ionic Technology.
Angin yang lebih kuat membantu rambut lebih cepat kering tanpa perlu terlalu lama terkena suhu panas. Ini boleh bantu rambut lebih mudah dibentuk dan nampak lebih volume. ๐ฅ
ย
Was-Was Wudhu Bila Pakai Pomade?
Untuk wudhu, lebihkan basuhan atau sapuan air pada bahagian kulit kepala supaya bro lebih yakin dan tidak was-was.
Jangan hanya fokus pada rambut semata-mata. Pastikan air sampai dengan baik pada bahagian yang perlu dibasuh.
Kalau bro jenis mudah was-was, boleh cuci rambut terlebih dahulu sebelum solat untuk lebih tenang.
Nak Repeat Order?
Kalau bro pakai VRIVAL setiap hari, 2 unit lebih sesuai supaya stok tak cepat habis.
Kalau nak cuba semua bau, ambil 3 unit: Cranberry, Vanilla dan Grape.

VRIVAL Clay Pomade โ untuk rambut lelaki yang nak nampak kemas, natural dan lebih yakin setiap hari.